Friday, February 18, 2011

hakikat sebuah kehidupan

Mungkin hanya kerana faktor yang remeh, kita boleh membenci di antara satu dengan yang lain...
Namun tidak boleh disangkal, manusia perlukan manusia...
Tiada teori yang kukuh, manusia boleh hidup tanpa manusia...

Kata-kata di atas boleh jadi benar dalam kehidupan manusia...
Manusia dipertemu kan dan manusia juga dipisahka n...
Jarak waktu di antara pertemuan dan perpisaha n mungkin hanya sementara..
Tetapi apa yang penting adalah apa yang mereka dapatkan melalui pertemuan tersebut, dan apa yang mereka rasa akibat perpisaha n tersebut...

Pertemuan kadangkala mencipta ukhwah, menerbitkan kasih sayang, tetapi waspada, kadangkala juga membangkitkan benci dan mencetuskan dendam...

Justeru perasaan sayang adalah pengikat hubungan manusia...
Melalui perasaan sayang, manusia akan melakukan apa jua demi mempertah ankan hubungan mereka...
Manusia sanggup menghabis kan wangnya kerana sayang itu...
Manusia sanggup menanggung risiko kerana sayang itu...
Manusia sanggup menggadai nyawa juga kerana sayang itu...

Cuba kita renungkan...
Setelah sayang, timbul pula rasa benci..atau timbul pula keraguan...
Pernahkah anda alaminya?
Dan kemudian keraguan itu menyeret supaya kita melakukan sesuatu supaya kita dibenci atau kita membenci...
Akhirnya, sayang yang dibina musnah, lantas benci terbina...
Lihatlah! Betapa senangnya menguburk an sayang...
Sedangkan sayang itu dibina atas banyak fasa dan percaturan...

Mustahil dalam kehidupan kita, kita tidak boleh atau tidak pernah membenci...
Mustahil dalam kehidupan kita, kita hanya menyayang i...
Justeru bila orang yang pernah kita sayangi, suatu hari dia sudah membenci kita...
atau sampai satu masa. kita pula rasa membencin ya...
Apa yang patut kita lakukan?
Bersediakah kita untuk menghadapinya?

Apa yang kita lalui demi seseorang yang bergelar teman kadang-kadang meletihka n dan menjengke lkan tetapi itulah yang membuat persahaba tan mempunyai nilai yang indah...
Persahaba tan sering melusuri beberapa cubaan tetapi hanya persahaba tan yang sejati saja mampu mengatasi cubaan itu, bahkan berkembang mekar bersama kerananya ...
Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, dipeliharakan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak...
Namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian ...

  • Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan... 
    • Justeru kerana kasihnya, dia memberani kan diri menegur apa adanya...
  • Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatny a mahu berubah... 
 
Semua orang pasti menginginkan sahabat sejati, namun tidak semua orang berjaya mendapatkannya...

1 comment:

  1. chaiyok2x teruskan dengan entri akan datang...

    ReplyDelete